SEARCHWITHIN007

'THE POWER OF RELATING'

Welcome !

Take a look at our new products, Enter on the website

ROCK IT!!..YEAH!!

ROCK IT!!..YEAH!!

Followers

special gift

Link

R U Gorgeous?..click below

Tuesday, December 30, 2014

The taste of Life (New Entry before 2015)

Posted by ZACKZAUL

                                    The tAsTe oF LiFe
 


1. Pak cik peramah yang suka berlari

Aktiviti  jogging merupakan rutin harian saya di waktu petang. Salah satu cara saya untuk menjaga stamina dan melepaskan tekanan di tempat kerja. Hari ini agak berbeza berbanding sebelumnya kerana pertama kali berkunjung di taman rekreasi ini setelah berpindah. Hujan rintik-rintik dan kadang kala lebat sedikit tidak mematahkan semangat untuk berlari. Tasik yang di tepinya dipenuhi lalang-lalang liar yang tumbuh di dalam air mengingatkan paya di kampung. Sesekali terpaksa menyapu kaca mata yang di basahi  hujan. Memang agak merimaskan.
Hujung minggu agak ceria di taman rekreasi kerana ramai yang datang. Kali ini saya memilih untuk berlari di luar tasik dan jarak bulatan kira-kira 2.15km. Larian bulatan pertama agak meletihkan namun tetap gigih. Sasaran sekurang-kurangnya 5km untuk hari ini. Letih tetapi tetap membalas senyuman apabila berselisih dengan orang lain yang juga berlari.
" Teruskan berlari," kata seorang pak cik. "Sudah berapa round?." Dua dengan isyarat tangan. Saya sememangnya agak janggal dalam situasi sebegitu. Orang asing yang peramah kata dalam hati. Tiket parking dalam poket agak lembap kerana peluh di paha. Mujur mesin auto-pay parking boleh memprosesnya. Satu ringgit tidaklah begitu mahal kalau dibandingkan dengan lemak badan yang sudah dibakar. Saya benci perut buncit. Mahu six-pack seperti model dalam majalah dan instagram.
Minggu-minggu yang agak aktif. saya banyak menghabiskan masa petang di trek jogging. Perut semakin kempis dan stamina semakin mantap. Syukurnya. Hari ini berjaya menghabiskan larian 11km. Hari yang sangat produktif!. Ice-blended buah-buahan sebagai token kerana berjaya berlari sejauh itu. Alangkah nikmatnya.
" Wah bagus hari-hari jogging, stamina kamu kuat yaaa...," kata pak cik peramah itu sambil menepuk tangan. " Biasa sahaja pak cik". Tiba-tiba menjadi malu sekejap. Sebenarnya tak adalah tiap-tiap hari. Skip sehari dua juga. Terasa diri diperhatikan. Ada-ada saja pak cik peramah ni. Baju basah kuyup kerana peluh. Terasa nyaman apabila ditiup angin petang. Nikmat kesihatan dan kelapangan yang perlu di syukuri. Alangkah bagus jika manusia menghargai.
Bulatan kedua yang agak memenatkan. Aiskrim batang bewarna hijau yang dijilat kanak-kanak tadi memang cukup menggoda. Aku tidak akan berhenti. Langkah makin berat. Situasi di mana mental harus menjadi kuat dan cuba fokus kepada matalamat.
" Ini round ke berapa?," kata pak cik peramah di sisi jalan. "Dua," kata saya. " Ini macam hari-hari jogging banyak tenaga kamu". Pak cik peramah berlari di sebelah saya. " Tak adalah pak cik, sudah dua hari tak jogging". Persoalannya adalah setiap kali saya berlari setiap kali itulah pak cik peramah muncul. Jadi siapa yang suka berlari sebenarnya?. Berlari sambil berborak agak meletihkan. Layan kan sahaja pertanyaan pak cik peramah ini.
Tubuh pak cik peramah nampak sihat walaupun sudah mencecah 60 tahun. Kulitnya sudah berkedut. Kecergasan dan kegigihan beliau berlari bersama-sama saya pada petang itu benar-benar mengagumi saya. Tak ramai golongan yang sudah berusia mahu berlari bagi mengeluarkan peluh. Ramai yang banyak menghabiskan masa di hadapan televisyen dan kedai kopi. Ada juga yang asyik menjaga cucu. Tidak salah tapi hidup masih perlu dinikmati dan kesihatan sangat penting. Pak cik peramah memang memberikan suntikan inspirasi kepada saya. Pak cik peramah memang steady!.
Persahabatan dengan pak cik peramah sudah tidak janggal. Beliau sememangnya ramai kenalan di kawasan trek jogging itu. Sikap positif dan peramah beliau membuatkan orang sekitar menjadi senang dan gembira. Benarlah kata orang, wang bukanlah segalanya untuk memberi kegembiraan. Cara berfikir yang positif dapat mempengaruhi orang sekitar. Saya amat gembira kerana dapat berkenalan dengan beliau dan mengubah cara saya berfikir. Hidup ini sangat indah dengan persahabatan yang tiada sempadan!. Tidak kira kaya atau miskin, muda atau tua, lelaki atau perempuan, kita bebas untuk bersahabat!.

- Zack Zaul

Follow the Link