The tAsTe oF LiFe
1. Pak cik
peramah yang suka berlari
Aktiviti jogging merupakan rutin harian saya di waktu
petang. Salah satu cara saya untuk menjaga stamina dan melepaskan tekanan di
tempat kerja. Hari ini agak berbeza berbanding sebelumnya kerana pertama kali berkunjung
di taman rekreasi ini setelah berpindah. Hujan rintik-rintik dan kadang kala
lebat sedikit tidak mematahkan semangat untuk berlari. Tasik yang di tepinya
dipenuhi lalang-lalang liar yang tumbuh di dalam air mengingatkan paya di
kampung. Sesekali terpaksa menyapu kaca mata yang di basahi hujan. Memang agak merimaskan.
Hujung
minggu agak ceria di taman rekreasi kerana ramai yang datang. Kali ini saya
memilih untuk berlari di luar tasik dan jarak bulatan kira-kira 2.15km. Larian
bulatan pertama agak meletihkan namun tetap gigih. Sasaran sekurang-kurangnya
5km untuk hari ini. Letih tetapi tetap membalas senyuman apabila berselisih
dengan orang lain yang juga berlari.
"
Teruskan berlari," kata seorang pak cik. "Sudah berapa round?."
Dua dengan isyarat tangan. Saya sememangnya agak janggal dalam situasi
sebegitu. Orang asing yang peramah kata dalam hati. Tiket parking dalam poket
agak lembap kerana peluh di paha. Mujur mesin auto-pay parking boleh
memprosesnya. Satu ringgit tidaklah begitu mahal kalau dibandingkan dengan
lemak badan yang sudah dibakar. Saya benci perut buncit. Mahu six-pack seperti
model dalam majalah dan instagram.
Minggu-minggu
yang agak aktif. saya banyak menghabiskan masa petang di trek jogging. Perut
semakin kempis dan stamina semakin mantap. Syukurnya. Hari ini berjaya
menghabiskan larian 11km. Hari yang sangat produktif!. Ice-blended buah-buahan sebagai
token kerana berjaya berlari sejauh itu. Alangkah nikmatnya.
" Wah
bagus hari-hari jogging, stamina kamu kuat yaaa...," kata pak cik peramah
itu sambil menepuk tangan. " Biasa sahaja pak cik". Tiba-tiba menjadi
malu sekejap. Sebenarnya tak adalah tiap-tiap hari. Skip sehari dua juga. Terasa
diri diperhatikan. Ada-ada saja pak cik peramah ni. Baju basah kuyup kerana
peluh. Terasa nyaman apabila ditiup angin petang. Nikmat kesihatan dan
kelapangan yang perlu di syukuri. Alangkah bagus jika manusia menghargai.
Bulatan
kedua yang agak memenatkan. Aiskrim batang bewarna hijau yang dijilat
kanak-kanak tadi memang cukup menggoda. Aku tidak akan berhenti. Langkah makin
berat. Situasi di mana mental harus menjadi kuat dan cuba fokus kepada
matalamat.
" Ini
round ke berapa?," kata pak cik peramah di sisi jalan. "Dua,"
kata saya. " Ini macam hari-hari jogging banyak tenaga kamu". Pak cik
peramah berlari di sebelah saya. " Tak adalah pak cik, sudah dua hari tak
jogging". Persoalannya adalah setiap kali saya berlari setiap kali itulah
pak cik peramah muncul. Jadi siapa yang suka berlari sebenarnya?. Berlari
sambil berborak agak meletihkan. Layan kan sahaja pertanyaan pak cik peramah
ini.
Tubuh pak
cik peramah nampak sihat walaupun sudah mencecah 60 tahun. Kulitnya sudah
berkedut. Kecergasan dan kegigihan beliau berlari bersama-sama saya pada petang
itu benar-benar mengagumi saya. Tak ramai golongan yang sudah berusia mahu
berlari bagi mengeluarkan peluh. Ramai yang banyak menghabiskan masa di hadapan
televisyen dan kedai kopi. Ada juga yang asyik menjaga cucu. Tidak salah tapi
hidup masih perlu dinikmati dan kesihatan sangat penting. Pak cik peramah
memang memberikan suntikan inspirasi kepada saya. Pak cik peramah memang
steady!.
Persahabatan
dengan pak cik peramah sudah tidak janggal. Beliau sememangnya ramai kenalan di
kawasan trek jogging itu. Sikap positif dan peramah beliau membuatkan orang sekitar
menjadi senang dan gembira. Benarlah kata orang, wang bukanlah segalanya untuk
memberi kegembiraan. Cara berfikir yang positif dapat mempengaruhi orang
sekitar. Saya amat gembira kerana dapat berkenalan dengan beliau dan mengubah
cara saya berfikir. Hidup ini sangat indah dengan persahabatan yang tiada
sempadan!. Tidak kira kaya atau miskin, muda atau tua, lelaki atau perempuan,
kita bebas untuk bersahabat!.
- Zack Zaul